3/07/2010

Muhammad S.A.W : The Chosen One


Tanggal 12 Rabiul awal 1431H bersamaan 25 Febuari 2010 menjadi detik bermakna buat mahasiswa/wi perubatan Mansurah apabila mereka bersama-sama berkumpul untuk menyambut Maulidur Rasul di Dewan Kamaluddin, Universiti Mansurah. Hujan yang turun dengan lebatnya tidak mematahkan semangat kira-kira 500 orang pelajar perubatan Mansurah untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.


banjiran mahasiswa/wi yang memenuhi majlis


Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Unit UPI, Ahmad Azizi bin Md Jusoh dan Syamilah binti Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi PCM. Turut hadir adalah Dr. Nesreen, wakil dari Universiti Mansurah. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan agar pihak penganjur mengadakan majlis sebegini di tempat yang lebih luas kerana sambutan yang menggalakkan dari para mahasiswa.

Ceramah disampaikan oleh Dr. Ahmad Haikal Idris (MBBCH) dari Universiti Kaherah, Mesir. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah “Mata Rantai Perjuangan Rasulullah; Peranan Mahasiswa Kini.” Antara intipati ceramah tersebut ialah kewajipan Muslim hari ini iaitu; berilmu-untuk memahami Islam secara sahih, beramal dengan Islam secara keseluruhan, berdakwah kepada Islam dan membuat gerak kerja secara kolektif.






Selawat ke atas Nabi Junjungan S.A.W.


If he was among us..

Tayangan video “If he was among us” selama sepuluh minit sangat menarik dan mengajak semua berfikir tentang apa yang akan berlaku jika Nabi Muhammad S.A.W masih bersama kita. Bagi menceriakan majlis, kuiz diadakan di mana 10 soalan diberikan kepada ikhwah dan akhawat. Pemenang mendapat hadiah saguhati daripada pihak penganjur. Soalan spontan daripada pengerusi Majlis, Saiful Aqmal kepada para tetamu menjadikan majlis ini lebih santai dan berlainan dari sambutan Maulidur Rasul yang biasa.



Majlis diteruskan dengan taklimat keselamatan dan mushrif oleh Muhamad Izzat Muhamad Kamal, Pengarah JAKSI 09/10. Dalam taklimat ini, satu pekeliling keselamatan telah dikeluarkan yang mengarahkan semua mahasiswi menggunakan perkhidmatan mushrif apabila keluar pada waktu malam. Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan terutamanya mahasiswi dan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, perasmian kempen biah solehah telah disempurnakan oleh Pengerusi PCM, Muhammad Ikram b. Ishak. Usul biah solehah untuk tahun ini adalah cintakan Rasulullah S.A.W dan sahabat, tanam sifat Mahmudah (3 S; salam, senyum, sangka baik), solat tiang agama, aurat dan ikhtilat, budaya ilmu dan perpaduan.



Majlis berakhir pada jam 9.45 malam.

0 pendapat/kritikan:

Post a Comment